Model Cantik Bakal Isteri Baim Wong?

Tersebar gambar Baim dan model bernama Paula bersama keluarga di media sosial, baru-baru ini.

AKTOR Baim Wong nampaknya sudah tidak menyembunyikan lagi hakikat hubungan cinta dengan seorang model cantik bernama Paula Verhoezen.

Sejak putus cinta dengan pelakon sinetron remaja, Veby Palwinta, 21, aktor berusia 36 tahun itu ternyata tidak menunggu terlalu lama mendapatkan buah hati baharu.

Khabarnya, model cantik Paula itu bakal menjadi suri hati Baim tidak lama lagi. Bahkan, pelakon sinetron popular Benci Bilang Cinta itu juga sudah memberi gambaran bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Gambar Baim dan Paula bersama sebahagian keluarga tersebar di media sosial sewaktu sama-sama hadir meraikan makan malam bersama keluarga Baim, baru-baru ini.

Saat ditanya wartawan mengenai hubungannya dengan model cantik tersebut apakah sudah pasti ke jenjang pelamin, jawab Baim,” Cuba kamu teka sendiri,” katanya dalam nada berseloroh.

Paula Verhoezen, model cantik bakal isteri Baim Wong?

Bagaimanapun, Baim tidak menafikan sedang berhubungan rapat dengan model tersebut.

“Ya betul, dia rapat dengan saya dan sudah kenal keluarga saya. Kita jalani sahaja hubungan ini dan mohon doakan yang terbaik buat kami,” ulas Baim.

Paula Verhoeven merupakan seorang model yang pernah meraih prestasi sebagai juara 1 Elite Model Look pada 2003.

 

Di usia 36 tahun Baim Wong sudah bersedia bergelar suami.