Misteri Pembunuh Tupac Shakur Terbongkar Setelah 22 Tahun?

MASIH ingat rapper bernama Tupac Shakur? Tupac meninggal dunia secara tragis pada 1996. Semasa hayatnya, Tupac dikatakan memberi warna berbeza pada muzik pilihannya.

Namun, usianya tidak panjang. Dia menemui ajal selepas menyaksikan pertandingan antara Mike Tyson dengan Bruce Seldon.

Ketika itu,  Tupac berada dalam kereta di kawasan jalan raya Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, apabila secara tiba-tiba tubuhnya dihujani peluru dari sebuah kenderaan lain yang berdekatan.

Kesan tembakan banyak di bahagian dada kiri, lengan dan paha. Tupac mati serta-merta di usia 25 tahun.

Rakan seperjuangan, seorang lagi rapper bernama  Notorious B.I.G pernah dikaitkan sebagai antara yang terlibat dalam pembunuhan Tupac, gara-gara mereka pernah berseteru.

Kini, setelah 22 tahun berlalu, misteri pembunuhan Tupac kembali diperdebatkan.  Berdasarkan laporan sebuah portal antarabangsa mengatakan, ada satu rakaman saksi kepada pihak polis telah dibocorkan melalui USA Network dengan judul Unsolved: The Murders of Tupac and The Notorious B.I.G.

Notoroius B.I.G juga sudah meninggal dunia kena tembak.

Salah seorang saksi bernama Keffe D yang khabarnya seorang mafia, dikatakan mengetahui identiti pembunuh sebenar Tupac Shakur.

Pada peringkat awalnya, Keffe D tidak mahu membocorkan rahsia termasuk punca di pelaku menembak rapper tersebut.

Keffe D juga adalah bapa saudara kepada si pelaku yang dimaksudkan bernama Orlando Anderseon yang juga sudah meninggal dunia.

Dalam satu rakaman bual bicara, Keffe D berkata,” Saya satu-satunya orang yang menyaksikan pembunuhan tersebut. Banyak tekanan orang sekeliling untuk saya menceritakan hal sebenar.

“Hakikatnya, saya sangat takut. Tetapi sekarang, tiada apa lagi yang harus saya sembunyikan. Saya ingin meluahkannya kerana saya sudah didiagnosis hidap penyakit kanser,” ungkap Keffe D.

Namun, perbualan tersebut terhenti setakat itu sahaja dan sehingga kini rata-rata ramai pihak masih menanti perkembangan selanjutnya mengenai misteri pembunuhan Tupac Shakur.