Mikha Tambayong 6 Tahun Tak Sentuh Nasi

Pelakon muda popular Indonesia, Mikha Tambayong. Foto dari Instagram miliknya.

PELAKON Mikha Tambayong sangat mementingkan penampilan terutama dari segi bentuk badannya.  Terlalu aktif bersenam, jeitawan berusia 24 tahun ini sudah lama mengenepikan nasi dalam menu harian.

“Sudah enam tahun tidak menyentuh nasi. Kerana nasi banyak kandungan karbohidrat akan mempengaruhi bentuk fizikal.

“Saya ini kuat bersenam, jadi sia-sia aja kalau makan nasi tapi hasilnya bentuk badan tidak seperti yang diinginkan. Malahan, saya juga tidak menyukai sayur-sayuran.

“Jadi, bagi kekal sihat dan punya tenaga, saya banyak ambil makanan kaya protin,” ujar Mikha yang mulai dikenali dalam dunia seni setelah menjadi peserta Gadis Sampul pada 2008.

Penglibatan sulung pelakon muda dari keluarga beragama Katolik ini melalui watak Tasya dalam sinetron popular, Kepompong yang disiarkan oleh stesen televisyen SCTV pada 2008

Filem terbaharunya Buffalo Boys, sedang ditayangkan, bergandingan dengan Ario Bayu dan Hannah Al Rashid serta 13: The Haunted bersama Al Ghazali. Filem perdananya, Falling In Love pada 2012.