Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Norman Hakim, Memey

PASANGAN pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah memilih nama Mikayla Delisha Hakim untuk puteri mereka yang selamat dilahirkan semalam Khamis, 12 Julai.

Memey melahirkan puterinya itu secara normal di sebuah hospital swasta sekitar pukul 12.35 tengahari. Sebelum ini mereka suadh memiliki seorang anak lelaki.

Dalam perkahwinan pertama dengan pelakon Abby Abadi, Norman juga mempunyai tiga cahayamata.

Norman berkongsi kegembiraan di akaun peribadinya sebentar tadi dengan memuatnaik foto puterinya itu.

Menurut Norman, Mikayla membawa maksud pemberian Allah, manakala Delisha membawa erti gembira dan membuat orang lain gembira serta Hakim bermaksud arif bijaksana.