Mesra Dengan Seungri Big Bang, Raline Shah Bikin Ramai Pria Patah Hati

Raline Shah dan Seungri Big Bang dikatakan mulai rapat sejak dua tahun lalu

HUBUNGAN baik antara bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan, Raline Shah dengan salah seorang anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri memang sudah lama diketahui ramai sejak dua tahun lalu.

Ketika itu heboh gosip Raline dan Seungri dikhabarkan bercinta gara-gara hadir bersama di majlis perkahwinan teman mereka.

Baru-baru ini, hubungan kedua-duanya kembali heboh diperkatakan netizen apabila Raline dan Seungri saling mesra berbual secara video call.

Mereka bergurau dan saling mengusik manja sewaktu melakukan video call hingga ramai netizen terutama lelaki memuatnaik komen patah hati.

Seungri ketika itu menyanyikan salah sebuah lagu Justin Bieber, kemudiannya Raline mengusik mengatakan Seungri adalah Justin Bieber Korea.

Raline berulang-alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur sehingga Disember ini kerana terlibat dalam penggambaran filem Polis Evo 2, bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Malahan, khabarnya Raline turut berkawan baik dengan Zizan. Buktinya, Zizan sanggup ke sebuah kedai pada tengah malam bagi memenuhi permintaan Raline membelikannya sebuah perakam video. So sweet…

Jadi, ada apa sebenarnya antara Raline dengan Seungri? Berpacaran atau teman tapi mesra?