“Menitik Air Mata Menahan Sakit” – Isteri Kedua RAHIM SEPAHTU

Rahim Sepahtu bersama isteri keduanya, Lily

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah sakit yang dialami oleh isteri kedua pelawak Rahim Sepahtu iaitu Lily.

Menerusi laman instagramnya (@lilykhay), Lily memberitahu yang dirinya diserang sakit batu hempedu dalam buah pinggang dan sedang dirawat di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Lily jalani pembedahan batu hempedu dalam buah pinggang pagi ini

Lily meluahkan sakit batu hempedu itu hanya Allah sahaja yang tahu. Bila sakit itu datang, memang tediam dan terduduk sebab tidak tahan sakit.

Katanya,  “siapa ada famili yang pernah kena (batu hempedu dalam buah pinggang), tahulah macam mana sakitnya.

“Allahuakbar… Memang terdiam, tertunduk, menitik air mata laa menahan sakit.

“Pagi ni puasa untuk scan nefrologi dan kidneystones dan selepas itu akan operate (pembedahan).

“Doakan semuanya berjalan lancar ya!”

Lily juga meluahkan rasa bersyukurnya mempunyai suami, Rahim Sepahtu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dia kembali sihat.

“Selalu saja abang (suami) tidur pada jam 2 atau 3 pagi, terpaksa berjaga kerana menghantar saya ke klinik.

“Selepas itu, pada pukul 4.30 petang, abang bersiap-siap nak ke konti (Sinar FM). Inilah suami tersayang yang menghantar ke klinik sana sini.”

Luah Lily yang dijangka akan menjalani pembedahan batu hempedu pada pagi ini.

Sebelum ini Rahim Sepahtu menjalani pembedahan usus atau ‘bariatric surgery’.

MANGGA doakan Lily selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat ya! Amin.. Amin…

View this post on Instagram

Kekasih Hati kakak ❤️❤️ . Lately Kakak kalau kena attack dgn #batuhempedu ni punya pain, mmg bergulung la. seminggu 2-3x ke klinik tak kira subuh, maghrib,midnight, 3am anytime blh kena. Sll abg tgh tido 2-3am terjaga dan angkut akk ke klinik, pastu kol 430am dah bersiap utk ke konti plak dia. Inilah suami tersyg yg menghantar ke klinik sana sini . Siapa yg ada famili pernah kena , tahulah mcm mana sakitnya .. allahuakbar . Mmg terdiam, tertunduk , menitik air mata la menahan sakit . Pagi ni puasa utk scan nefrologi utk #kidneystones etc2 dan lps tu operate .Doakan ya semoga pembedahan berjln lancar . Ramai yg terkejut sbb tgk kakak mcm sihat je .. actually Ahli keluarga dan kwn trdkt tahulah.. suffering this really badly lately tapi kakak mmg x pernah share di media sosial before .. Ni abg dah makin sihat, sofea dah hbs UPSR.. So Kakak dah blh admit here utk menjalani pembedahan ni . . #lilyrahimsurgery #salamsubuh #semogaallahpermudahkan #suamitercinta #iloveyouhubby💏 #7nov2018

A post shared by MD at LILY KHAY BEAUTY ACADEMY (@lilykhay) on

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media

Foto: instagram @lilykhay