Mengapa IZREEN AZMINDA Ambil Anak Angkat?

Izreen Azminda bawa watak sebagai Aminah yang mengambil anak angkat kerana kesunyian dan menemaninya yang mengidap kanser

Biasanya, apabila pasangan suami isteri tidak mempunyai zuriat sendiri, mereka akan mengambil anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.

Begitulah pelakon cantik Izreen Azminda yang mengambil anak angkat bagi menemaninya di rumah.

Walaupun, pada awalnya suami tidak mengizinkan, namun lama-kelamaan dia tetap mengambil anak angkat asalkan Izreen bahagia.

Badrul (lakonan Zamarul Hisham) tidak boleh menerima anak angkat sepenuh hatinya

Haa.. Itulah situasi yang berlaku dalam siri drama Aksara Kasih Ayah (TV Okey) lakonan Izreen Azminda, Zamarul Hisham, Saufi Qahhar, Wafiy Ilhan dan Awang Hamyzan.

Izreen ambil anak angkat dalam drama ini saja tau. Jangan ada yang salah anggap.

Izreen yang membawa watak sebagai Aminah amat kesunyian dan ditambah pula mempunyai kanser. Setelah puas memujuk, akhirnya suami Aminah iaitu Badrul (lakonan Zamarul Hisham) mengambil seorang anak angkat bernama Hilmi berumur 10 tahun, dari sebuah rumah anak yatim

Antara babak dalam Aksara Kasih Ayah

Walaupun pada mulanya, Badrul tidak boleh menerima Hilmi sebagai anaknya, namun rasa sayang mula berputik perlahan-lahan. Sayang tu ada, tetapi ego.

Rasa sayang itu mula bertukar benci apabila sakit kanser Aminah bertambah teruk dan meningfal dunia. Badrul menyalahkan kematian Aminah adalah disebabkan Hilmi.

Zamarul Hisham dan Izrerm Azminda memberi lakonan mantap dan menyentuh hati

Hilmi yang kecewa dengan anggapan Badrul tetap bersabar kerana mengenangkan pengorbanan ayahnya itu.

Satu hari Badrul diserang angin ahmar dan Hilmi mula menjaganya sepenuh hati walaupun tidak disukai Badrul.

Adakah kebencian Badrul terhadap Hilmi berubah? Mungkin juga Hilmi mula bosam dengan perangai ayahnya?

Nak tahu kesudahannya, kenalah tonton siri drama Aksara Kasih Ayah (TV Okey) yang sedang disiarkan sekarang pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 6 petang.

Rugi tak tonton lakonan mantap Izreen dan Zamarul Hisham.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media
Youtube: Mangga TV