MELLY GOESLAW Sebak Kerana IFAN SEVENTEEN

Mellay Goeslaw (kanan) turut bersimpati dengan Ifan Seventeen yang kehilangan isteri buat Selamanya. Al Fatihah..

Tragedi tsunami yang berlaku di Selat Sunda Indonesia baru-baru ini membuatkan ramai turut bersedih termasuk artis-artis popular.

Vokalis Seventeen iaitu Ifan yang kehilangan isteri tercinta dan semua anggota lain kumpulannya mengundang sebak penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Kenangan manis Ifan bersama isterinya 

Inilah luahan sedih Melly Goeslaw da instagramnya @melly_goeslaw.

“Saya gak terlalu terlalu mengenali secara peribadi dengan Ifan Seventeen dan Dylan Sahara, tapi cerita tragis mereka terlalu pilu.

“Gak Bisa (tidak boleh) saya bayangkan kehilangan orang yang kita cintai. Alhamdulillah Dylan sudah ketemu. Kita kirim Al Fatihah untuk Dylan, semoga Ifan pun diberikan lautan sabar dan ikhlas ya.

“Dalam kesempatan ini saya juga mau bilang saya cinta banget sama kamu Antoh Hoed (suami), sayang banget.

“Kita harus saling dekat dan berpelukan setiap waktu yang kita miliki, sebab kita tidak pernah tau kapan kita akan meninggalkan dan ditinggalkan.”

Ifan (dua dari kiri) bersama anggota-anggota Seventeen lain yang dianggapnya seperti adik-beradik

Luah penyanyi yang popular dengan lagu Ada Apa Dengan Cinta ini yang turut bersedih dengan mangsa-mangsa korban tsunami termasuk isteri Ifan dan semua anggota Seventeen yang meninggal dunia.

Kepada semua pembaca Mangga, hargailah orang yang anda sayang kerana kita tidak bila kita akan kehilangan mereka.