MARCELL Lamar Semula Isteri

BANYAK surprise berlaku sepanjang dua jam setengah konsert Once In A Lifetime oleh penghibur terkenal Indonesia, Marcell Siahaan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu malam, 23 September.

Selain kejutan nyanyian dengan membawa kek di atas pentas oleh tiga anak lelakinya, Marcell juga beri kejutan buat isteri tercinta, Rima Melati Adams.

“Saya melamar semula isteri meminta dia terus saya untuk 40 tahun akan datang atau lebih. Saya hadiahkan cincin yang direka khas.

“Dia benar-benar tidak tahu, hanya malam ini di atas pentas ini saya berikan surprise,” ujar Marcell yang telah sembilan tahun mengahwini pelakon dan pengacara asal dari Singapura itu.

Konsert tersebut juga bermakna bagi Marcell dengan meraikan ulang tahun hari lahir ke-40 tahun yang jatuh pada 21 September sekaligus sebagai perayaan 15 tahun bergelar anak seni.

Konsert anjuran Empire Live itu dipenuhi penggemarnya bukan sahaja dari Malaysia dan Jakarta malahan negara-negara jiran lain. Sebanyak 40 judul lagu dipersembahkan antaranya Hanya Memuji, Firasat, Semusim, Ketika Kau Menyapa, September, Rozana, Putri Remaja, Jangan Pernah Berubah, Candu Asmara, Cinta Mati, Belahan Jiwa dan Peri Cintaku.

Marcell turut berduet dengan isteri melalui lagu Very Thought Of You serta dengan pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan, Raline Shah menerusi lagu Jadi Milikku.

Berikut beberapa foto menarik dirakam jurugambar, HELMI WONG: