Lupe Fiasco Selami Kung Fu China Dalam Beat N Path

ARTIS hip hop terkenal, Lupe Fiasco menjelajah negara China untuk menyelami lebih mendalam tentang dunia muzik hip hop dan seni mempertahankan diri.

Beliau berkongsi pengalaman tersebut dalam dokumentari bersiri terbaharunya, Beat N Path. Dalam siri ini, kita akan mengenali Lupe daripada sisi lain sepanjang pengembaraannya di negara China.

Lupe mempelajari seni mempertahankan diri daripada Pakar Kung Fu di Middle Kingdom serta menerokai muzik hip hop China yang semakin berkembang pesat

Tayangan perdana Global julung kali di KIX HD (Astro saluran 729) pada Khamis, 8 Mac bermula pukul 9.00 malam.

Lupe Fiasco adalah artis antarabangsa, penyanyi rap yang pernah memenangi Anugerah Grammy, pakar seni mempertahankan diri dan peminat sukan yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat.

Lupe Fiasco mendalami seni mempertahankan diri dan muzik hip hop di China dalam Beat N Path.

Beliau merupakan pemenang Grammy dengan 12 pencalonan di samping jualan album sebanyak 3 juta unit.

Ketika kecil beliau berlatih seni mempertahankan diri dengan bapanya dan masih mengamalkannya sehingga hari ini

Lupe adalah pakar Street Fighter V dan pernah menewaskan pemain paling hebat dalam kejuaraan utama Street Fighter di Rekod Dunia Guinness – Daigo Umehara.