Lindsay Lohan Belum Nak kahwin, Ambil Anak Angkat

KALAU bukan sensasi dan kontroversi, memang bukan Lindsay Lohan namanya. Setelah banyak menghabiskan masa di Turki dan kini menetap di Dubai, Lohan mengambil keputusan membela anak angkat keturunan Turki.

“Menghabiskan banyak masa di Turki, saya temui satu rasa yang belum pernah dirasai bahawa saya sangat menyukai serta menyayangi kanak-kanak.

“Lebih utama, saya ingin membantu dan melindungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Saya hanya ingin menyelamatkan mereka.

“Namun saya masih belum ada perancangan untuk berkahwin, tetapi mengambil anak angkat itu pasti,” jelas Lohan kepada wartawan.

Aktres berusia 32 tahun itu ternyata masih solo setelah membatalkan pertunangannya dengan jutawan Russia, Egor Tarabasov pada 2016.

“Belum ada lelaki yang benar-benar istimewa di hati saya sekarang. Fokus utama ialah keluarga serta teman-teman,” katanya.