Lelaki Tubuh Sedap Bermalam Di Rumah Janda

Apabila pemuda mula mengenali seorang janda di sebuah rumah – gambar hiasan (Instagram : @loker.kata)

Seronok MANGGA baca kisah seorang lelaki kacak bertubuh sedap bermalam di rumah seorang janda muda lagi menawan.

Begini ceritanya, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, seorang penunggang motosikal terppaksa berteduh di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya.

Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalan raya yang sunyi sepi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian selepas neneknya meninggal.

Si janda muda mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu yang basah kuyup ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.

Selang beberapa minit… Pintu biliknya diketuk. Muncullah si janda muda tadi memakai baju yang sungguh mengghairahkan. Si janda berlesung pipit itu selamba masuk dengan senyum manis.

“Eh, awak nak teman tak malam ni?” Soal janda muda tersebut dengan iringan nada yang manja, menggoda.

“Eh, kalau ada yang sudi, apa salahnya!” Balas si pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak girang.

“Okeylah…” kata janda muda itu tersenyum simpul. “Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama awak malam ni ye!”

Kelakar kan? Cerita ini sekadar perkongsian MANGGA buat semua pembaca. Kadang-kadang cerita seperti ini boleh buat kita ceria. Hidup hanya sekali, jangan sedih-sedih ya!

Jom dapatkan sekarang buku siri Lawak Terbaeeekkk Mastika

Kalau nak baca banyak lagi kisah lucu, bolehlah beli buku siri Lawak Terbaeeekkk Mastika di kedai-kedai buku berhampiran, atau hubungi bahagian pemasaran di talian: 03-89243888 / 03-89243977.