Laudya Cynthia Bella Nikah Engku Emran September Ini?

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran khabarnya mulai rapat sejak lima bulan lalu

HEROIN filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella, 29, hanya bungkam setiap kali ditanya media Indonesia mengenai gosip bakal mengahwini bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42.

Namun hari ini berdasarkan sumber seperti petikan di Utusan Online, pasangan ini khabarnya bakal disatukan secara sah pada pertengahan September ini.

Majlis pernikahan itu bakal diadakan di sebuah lokasi tertutup di Kuala Lumpur, bukannya Jakarta. Mereka diperkenalkan sekitar lima bulan lalu oleh pasangan suami isteri popular, Nora Danish dan suami, Nedim Nazri yang juga merupakan sahabat baik kepada Engku Emran.

Hubungan Nora dan aktres jelita yang mesra disapa Bella ini bertambah rapat sejak sama-sama membintangi Syurga Yang Tak Dirindukan 2.

Bella sebelum ini telah putus tunang dan tidak jadi kahwin dengan Affie Kalla, anak saudara Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.  

Engku Emran pula memiliki seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 8, hasil perkahwinan dengan Erra.