Laudya Cynthia Bella Makin Serius Dengan Bekas Suami Erra?

MESKIPUN tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai gosip cinta mereka, namun aktres popular Indonesia yang ngetop melalui filem Surga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella semakin terbuka ‘menayang’ wajah lelaki baharu dalam hidupnya, iaitu bekas suami aktres Erra Fazira, Engku Emran.

Sejak Ramadan lalu, sudah bertebaran gosip mereka diperkatakan netizen. Sementelah, Laudya sendiri turut dihimpit kontroversi tak jadi kahwin dengan bekas tunangnya, Afie Kalla, anak saudara Timbalan Presiden Republik Indonesia, Yusuf Kalla.

Aktres jelita yang mesra dengan panggilan Bella itu baru-baru ini memuat naik sekeping gambar bersama Engku Emran yang  berada di Jakarta, turut ditemani pasangan suami isteri popular, Nora Danish dan Nedim Nazri.

Bella kemudiannya turut memuat naik satu lagi kapsyen di akaun Instragram yang tertulis, “Cinta sejati tidak akan berhenti dengan kematian. Jika diizinkan Allah, cinta itu akan kekal selamanya hingga ke syurga.”

Engku Emran berpisah dengan Erra pada tahun 2014 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 8.

Kebanyakan komen netizen mendoakan hubungan mereka berkekalan. Tunggu sahajalah pengumuman rasmi daripada Bella dan Engku Emran.

Engku Emran (kiri) bersama Laudya Cynthia Bella di sebelahnya serta teman-teman di Jakarta