Lady Gaga Perjuang Kekerasan Seksual Terhadap Wanita

PENYANYI yang sering tampil dengan imej pelik, Lady Gaga meraikan ulang tahun sedekad penglibatannya dalam dunia muzik.

Beliau cukup beremosi sewaktu mengenang semula perjalanan awal membina nama sebagai penyanyi berjaya.

Pada 2008, Lady Gaga bikin gempar dunia muzik seluruh global dengan penampilan pelik melalui debut perdananya, Just Dance.

Beliau terus mempesona melalui lagu-lagu Bad Romance, Poker Face dan Born This Way. Tidak sahaja tampil pelik, beliau turut tidak sunyi terkait sensasi dan kontroversi.

“Hampir tak percaya sudah 10 tahun berlalu sejak kali pertama mengeluarkan Just Dance. Inilah saat paling beremosi apabila mengenang kembali pahit getir serta suka duka memulakan kerjaya muzik,” jelas pemilik nama sebenar, Stefani Germanotta.

Single Just Dance itu merupakan pembuka jalan perjuangan muzik gemilangnya apabila sukses menerima lapan kali platinum.

Lady Gaga dengan imej dan penampilan yang semakin matang.

Melalui album The Fame, nama Lady Gaga benar-benar berada di puncak populariti. Beliau memenangi enam trofi Anugerah Grammy bagi album tersebut.

Sedekad berlalu, tidak sahaja sukses dalam muzik malahan bernasib baik dalam lakonan menerusi filem American Horor Story dan A Star Is Born.

Banyak perubahan dalam sepuluh tahun Lady Gaga berkarya. Tidak hanya stail dan penampilan sudah semakin matang, Lady Gaga turut lantang memperjuangkan hak kaum wanita selain menentang kekerasan seksual terhadap kaum hawa.