Kris Dayanti Risau Anak Nikah Muda

Kris Dayanti dan anak gadisnya Aurel Hermansyah

PENYANYI Kris Dayanti bersikap positif ketika ditanya tentang kemesraan anak gadisnya, Aurel Hermansyah dengan sang kekasih, Rabbani Zaki.

Namun demikian, sebagai ibu masih ada kerisauan memandangkan anak gadisnya baru berusia 19 tahun. Khabarnya, KD masih belum ditemukan dengan pacar anaknya itu.

Aurel merupakan anak sulung hasil perkahwinan KD dengan mantan suami, Anang Hermansyah. Mereka punya seorang lagi anak lelaki, Azriel Akbar Hermansyah, 16.

Dengan Raul Lemos, suaminya sekarang, KD punya sepasang lagi anak iaitu Amora dan Kellen.

“Biasalah itu gaya anak muda belasan tahun. Tetapi masih atas batasannya, kan. Kalau menikah muda juga tidak salah, kan.

“Cuma, khuatir nanti kalau cepat bernikah, risau mereka cepat bosan pula kerana mereka masih muda dan harus beri komitmen pada rumah tangga,” ujar KD ketika ditanya pihak media.

Kerisauan KD itu ada alasannya memandangkan beliau pernah gagal dalam perkahwinan pertama.

“Saya juga pernah gagal dalam rumah tangga. Tapi saya berusaha beri komitmen dan menghargai di saat usia saya sudah cukup matang. Ya, mudah-mudahan Aurel bisa memilih yang terbaik,” katanya lagi.

Aurel semakin terbuka kongsi gambar mesra bersama pacar