Konsert Syantik SITI BADRIAH di Kuala Lumpur

PENYANYI dari Indonesia Siti Badriah yang popular dengan single Lagi Syantik bakal menemui peminat-peminatnya di Kuala Lumpur.

Setelah Konsert Nova yang diadakan pada 5 Ogos tahun lalu, kini Suasana Enak Sdn Bhd sekali lagi berbesar hati untuk menghiburkan orang ramai dengan Konsert Syantik Bersama Siti Badriah.

Konsert Syantik akan berlangsung pada 8 Disember 2018, bertempat di Kenanga Wholesale City Mall, Kuala Lumpur pukul 8.00 malam.

Tiket berharga RM68 dan RM88 boleh dibeli melalui muat turun aplikasi “TicketApps” dari App Store atau Google Play. Selain itu boleh juga didapati dengan menghubungi talian telefon +6011-20856500 / +6010-3010231.

Kenanga Wholesale City Mall yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya adalah satu lokasi yang sangat strategik. Selain pelbagai kemudahan kenderaan awam yang memudahkan orang ramai sampai ke lokasi itu, di situ juga mempunyai 800 buah kedai pemborong yang menyenangkan dan membolehkan orang ramai berkunjung membeli-belah sebelum menonton konsert.

Siti Badriah menerima penghargaan dari Muzium Rekor Indonesia (MURI).

Siti Badriah dilahirkan di Bekasi, Indonesia pada 11 November 1991. Mesra dipanggil Sibad. Pada tahun 2018, namanya mendapat perhatian ramai setelah singleLagi Syantik” telah ditonton lebih daripada 200 juta kali di saluran YouTube.

Lagi Syantik” juga telah berjaya menduduki tempat keempat (ke-4) dalam posisi tertinggi Billboard YouTube. Siti Badriah telah dianugerahkan penghargaan dari Muzium Rekor Indonesia (MURI), kerana lagu tersebut ditonton sebanyak 300 juta penonton di YouTube hanya dalam masa empat bulan.