Konsert SOUL SISTERS Satukan NORYN, SARAH & MISHA

Konsert Soul Sisters menggabungkan penyanyi hebat Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Noryn Aziz

GABUNGAN hebat tiga penyanyi Noryn Aziz, Sarah Raisuddin dan Misha Omar dalam konsert Soul Sisters pastinya ditunggu-tunggu.

Menampilkan genre muzik soul dan R&B, mereka akan beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 April 2019.

Konsert yang dianjurkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE)  ini menjanjikan sebuah persembahan yang lain daripada yang lain.

Penganjur konsert, Edd Razhe (paling kiri), diikuti Datuk Syafinaz, Misha, Sarah, Noryn, Datuk Aziz Bakar dan Datuk Nasser Abu Kassim

Cerita Produser dan Pengarah Urusan ERE, Edd Razhe atau lebih mesa dipanggil Abang Edd, “pemilihan tiga penghibur popular Malaysia ini dibuat berdasarkan reputasi swrta6 kemampuan mereka menyanyi secara live termasuk mendendangkan lagu bergenre soul dan R&B. Mereka juga boleh menyampaikan lagu-lagu Inggeris dengan hebat.

“Bagi saya, ketiga-tiga artis ini sudah lama mencipta nama dan sudah tiba masanya mereka diberi peluang untuk beraksi dalam konsert berprestij di pentas IB.

“Sebagai satu kelainan, ERE mengorak langkah menggabungkan mereka buat pertama kalinya sebagai Soul Sisters, khusus untuk tatapan peminat pada konsert ini nanti.”

Jelas Edd Razhe pada sidang media konsert di Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Edd akan mengumumkan barisan penaja dalam sidang media yang akan datang.

Konsert selama hampir dua jam itu akan mengetengahkan beberapa segmen menarik dan kesemua mereka akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik pimpinan Datuk Nasser Abu Kassim.

Hadir sama pada sidang media ini adalah penasihat konsert Soul Sisters, Datuk Aziz. Akar dan pengarah vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Tiket-tiket berharga RM755 (meet & greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh ditempah mulai 8 November 2018 menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media