Konsert Rock Legend Ditunda Demi PRU14

Grandstage Sdn Bhd, pihak penganjur Konsert Rock Legend 2018 melibatkan kumpulan May dan Prime Domestic seperti dijadualkan berlangsung pada tarikh 5 Mei, hari ini mengumumkan bahawa konsert tersebut terpaksa ditunda pada satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak.

Pihak penganjur mengambil langkah ini bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke- 14 yang telah ditetapkan pada Rabu, 9 Mei depan.

Tarikh konsert yang hanya tiga hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan menganggu perancangan para peminat yang mungkin antaranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Oleh itu, pihak penganjur merasakan bahawa langkah menangguhkan konsert ini adalah wajar dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Dalam kenyataan kepada Mangga Media pada Rabu, pihak penganjur memaklumkan sehingga kini tiket sudah terjual sebanyak seribu unit.

Berita terkini berkenaan tarikh konsert dan tiket boleh diperolehi melalui saluran saluran berikut :

  • Facebook zhardreamstage
  • Facebook dan Instagram primedomestic
  • www.ilassotickets.com
  • www.dreamstageconcert.com
  • talian hotline : 03- 2170 6333 atau 017-2630437