Kisah Lelaki Hensem VS Tak Hensem

Lelaki hensem VS Tak Hensem. Yang mana pilihan anda?

Kali ini MANGGA nak kongsikan berberapa situasi yang nampak lucu tetapi ada benarnya.

Kisahnya Lelaki Hensem VS Tak Hensem.

Kalau lelaki itu hensem dan pendiam, perempuan akan cakap: Woow, cool giler… ”
Kalau lelaki tak hensem dan pendiam, perempuan akan cakap:” Eleh, perasan bagus…”

Kalau lelaki hensem menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan cakap:” Wah.. Machonya.. Macam hero filem! ”
Kalau lelaki tak hensem menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: “Entah-entah kawan dia…”

Kalau lelaki hensem dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: “Sepadan sangat. So sweet… ”
Kalau lelaki tak hensem dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: “Eh.. Tolonglah.. Mesti kena bomoh perempuan tu!”

Kalau lelaki Hensem ditinggalkan kekasih, perempuan akan kata: “jangan sedih, kan saya ada.”
Kalau lelaki tak hensem ditinggalkan kekasih, perempuan akan kata:… (terdiam, tapi jari telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya. Itulah selayaknya)

Kalau lelaki hensem tuangkan air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: “Haa.. Ini  barulah lelaki gentlemen.”
Kalau lelaki tak hensem tuangkan air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: “Dah naluri pembantu, memang patut pun tuang air. Itulah selayaknya dia..”

Jom dapatkan sekarang buku siri Lawak Terbaeeekkk Mastika

Rasa macam kelakar kan? Hakikatnya, perempuan-perempuan di luar sana janganlah nak menafikan, itulah realiti yang berlaku.

Cerita ini sekadar perkongsian MANGGA buat semua pembaca. Kadang-kadang cerita seperti ini boleh buat kita ceria. Hidup hanya sekali, jangan sedih-sedih ya!

Kalau nak baca banyak lagi kisah lucu, bolehlah beli buku siri Lawak Terbaeeekkk Mastika di kedai-kedai buku seperti Gallery Bookstore berhampiran, atau hubungi bahagian pemasaran di talian: 03-89243888 / 03-89243977.

Foto: instagram @r4andyy / @theawakenkoala