Kesihatan Merosot, Jet Li Dikhabarkan Meninggal Dunia

ENTAH apa kes, boleh dikatakan hampir setiap tahun sejak 2012 sebuah laman sesawang menyebarkan berita kononnya aktor kung fu terkenal, Jet Li meninggal dunia.

Terbaharu pada 13 Julai, sekali lagi laman sesawang tersebut mengeluarkan cerita bintang filem The Myth itu meninggal dunia, namun ternyata khabar tersebut palsu!

Aktor berusia 54 tahun itu memang diketahui dalam kondisi kurang sihat kerana mengidap penyakit kelenjar tiroid sejak empat tahun lalu. Dan tahap kesihatannya dikatakan semakin merosot sejak tahun lepas.

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Disebabkan menderita penyakit itu jelas memperlihat fizikal Jet Li semakin kurus berbanding sebelum ini aktif bermain filem aksi.

Khabarnya juga, penyakit tersebut yang mempengaruhi bahagian jantung tidak membolehkan Jet Li terlalu aktif serta melakukan kerja-kerja berat.

Mengakui semakin sihat, Jet Li juga memaklumkan sudah boleh berjalan dan tidak lagi menggunakan kerusi roda.

“Kepada peminat jangan risau tentang kesihatan saya. Banyak terdengar cerita kononnya saya masih menggunakan kerusi roda. Saya sudah semakin sihat,” ujar Jet Li.

Jet Li semakin kurus kerana penyakit kelenjar tiroid