Kes Bunuh Diri Pelakon Kembali Dibuka Kerana Skandal Seks

KES bunuh diri melibatkan pelakon Jang Ja Yeon menemui jalan buntu hingga pihak berkuasa terpaksa menghentikan siasatan pada tahun lepas.

Pelakon jelita itu mengambil keputusan mengakhiri hidupnya pada 2009. Kejadian itu menggemparkan dunia hiburan Korea Selatan, namun alasan mengapa membunuh diri masih tiada jawapan.

Sehinggalah, baru-baru ini pihak berkuasa membuka kembali kes bunuh diri Jang Ja Yeon seperti petikan dari Naver, pada Selasa.

Namun sebelumnya, Ja Yeon pernah menceritakan bagaimana dia dipaksa melakukan hubungan seks dan menerima kekerasan fizikal daripada pengurusnya.

Pelakon itu meluahkan kesengsaraan yang dialami menerusi sepucuk surat yang ditinggalkan sebelum memutuskan untuk mengakhiri hidupnya.

Jang Ja Yeon merupakan salah seornag pelakon di dalam drama popular, Boys Before Flowers.