Kenapa Tubuh FADZHIL NOOR Sedap Sangat!

Model Fadzhil Noor mementingkan disiplin yang tinggi dalam penjagaan tubuh agar kekal cantik dan sedap

Wahh.. MANGGA turut mengagumi disiplin yang diamalkan oleh model dan finalis Mister Planet Nation Malaysia (MPM) 2018, Fadzhil Noor, 24, dalam menjaga tubuhnya yang cantik.

Bukan mudah untuk menjaga tubuh agar kekal cantik dan ‘sedap’ dipandang. Kalau tiada disiplin yang tinggi, memang ‘kelaut’ (kecundang) jawabnya.

Cerita Fadzhil Noor kepada MANGGA, “dalam apa sahaja yang kita lakukan, memang perlu ada disiplin yang tinggi. Begitulah juga dalam menjaga  kesihatan serta kecantikan tubuh memang menuntut disiplin yang tinggi.

“Soal mahukan tubuh cantik itu nombor dua, apa yang penting adalah kesihatan tubuh terjamin.

“Antaranya adalah tidak meninggalkan rutin harian bersenam di gim dan memastikan tidur yang cukup serta berkualiti. Kedua-dua ini adalah gaya hidup yang perlu dijaga dan jangan dipandang remeh.

“Selain itu, gaya permakanan seimbang juga perlu mengikut keperluan tubuh. Setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza. Jadi, pastikan anda tahu apa jenis dan sebanyak mana makanan yang harus diambil.

“Kalau ada yang mahu diet, biarlah dengan cara yang betul. Jangan sampai menyeksa diri sampai tahan lapar. Itu tidak bagus.

“Saya tidaklah terlalu berpantang dalam pemakanan, cuma saya elakkan minyak dan garam. Dalam masa yang sama, banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman manis.”

Begitulah cerita Fadzhil Noor yang berharap calon finalis MPM 2019 akan memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Sambungnya,”semua orang mahu menang. Namun apa yang lebih penting adalah pengalaman yang tidak mungkin diperoleh di tempat lain.

“Jadikan MPM sebagai platform untuk membina kerjaya dan masa depan anda ya!”