Kembali Ke Pangkuan Jennifer Aniston, Brad Pitt Dilarang Angelina Jumpa Anak-anak

Brad Pitt kembali berbaik-baik dengan bekas isteri, Jennifer Aniston.

BEBERAPA keping gambar yang tersebar mengenai pertemuan semula Brad Pitt dengan bekas isteri pertamanya, aktres Jennifer Aniston di kota London, baru-baru ini, menjadi heboh di kalangan netizen yang menganggap mereka bakal kembali rujuk!

Sememangnya, selepas perceraian bintang filem Mr & Mrs Smith itu dengan Angelina Jolie tahun lepas, Brad dan Jennifer kembali berbaik-baik.

Namun, ada khabar menyebut, pertemuan di London itu sebenarnya secara kebetulan kerana Jennifer terlibat dalam penggambaran drama bersiri terbaharunya, Murder Mystery.

Manakala, Brad ke London untuk bertemu dengan enam anaknya yang berada di bawah jagaan Angelina.

“Jen (panggilan Jennifer Aniston) dan Brad bertemu semasa makan malam. Hanya pertemuan biasa.

“Lagipun, Brad hanya ingin meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya itu yang baru bercerai dengan Justin Theroux,” petik satu sumber.

Khabar pertemuan mesra Brad-Jen itu bagaimanapun tidak disambut gembira oleh Angelina yang ternyata marah-marah.

Akibatnya, Angelina melarang Brad bertemu anak-anak disamping ada khabar menyebut bahawa Angelina mengubah fikiran mengenai perjanjian hak penjagaan anak-anak.

Brad bagaimanapun menyifatkan tindakan Angelina itu sebagai tidak adil dan bersikap egois selain menambah bara dalam hubungan mereka.

Jadi, sampai bilakah pertelingkahan Brad dengan Angelina ini akan selesai setelah berpisah tahun lepas?