Kekasih (NEMO) Cium Gadis Lain? ZETTY Mentor Bengang!

Zetty Rashid (Mentor Millenia 2016) bersama kekasihnya Nemo yang juga vokalis Cherpen Band
Siapa tidak cemburu melihat gambar kekasih sendiri seolah-olah bercumbu dengan orang lain kan?
Rasa cemburu pula semakin membara apabila gambar tersebut dikirimkan oleh kenalan yang sengaja mahu menyakitkan hati.
Itulah yang terjadi kepada bintang realiti program Mentor Milenia 2016, Zetty Rashid, 26.
Zetty menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan telah menerima sekeping foto didakwa memaparkan aksi intim kekasihnya, Nemo yang juga vokalis Cherpen Band dengan seorang wanita.
Gambar seolah-olah Nemo bercumbu dengan wanita lain itu menambahkan bengang Zetty apabila ada pihak yang sengaja menghantar gambar tersebut dan mahu melihat hubungan cinta mereka berakhir.
Zetty menjalin hubungan cinta dengan Nemo atau Nasrulhaq Shahdan, 28, kira-kira setahun lalu.

Cerita Zetty kepada Mangga Media, “dia berbuat demikian kononnya seakan-akan mahu mengambil berat tentang saya tetapi hakikatnya dia mahu melihat hubungan cinta saya saya dan Nemo hancur. Baru mereka puas kan!

 

“Sedangkan dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakannya itu disengajakan kerana mahu merosakkan hubungan kami.

“Membuatkan saya bertambah geram, dia bukanlah kenalan rapat saya pun tetapi kenapa nak sibuk hal dalam kain orang sedangkan tak tahu sahih ataupun tidak?”

Menurut Zetty yang merupakan protege kepada Lan Typewriter itu, dia sudah sedia maklum mengenai foto tersebut sejak beberapa hari lalu menerusi rakan baiknya.

“Iya.. Dalam mana-mana hubungan cinta berlaku salah faham adalah perkara biasa. Saya dengan Nemo pun memang ada salah faham sebelum isu ini timbul, tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan cara yang baik.”

Semoga apa yang berlaku boleh diselesaikan secara baik. Amin…
Inilah status Zetty Rashid di instagramnya