Kekasih Ada Pacar Lain, Ariel Noah Confirm Kembali Single?

Hubungan cinta empat tahun Ariel, vokalis band Noah dengan aktres dan model Sophia Latjuba dikhabarkan kandas

 

DALAM tempoh empat tahun hubungan cinta antara vokalis band Noah, Ariel dengan aktres merangkap supermodel jelita, Sophia Latjuba, ramai ingin tahu bagaimana kesudahannya? Apakah pasangan beza usia sebelas tahun itu bakal berkahwin?

Namun, sejak hujung tahun lepas, sudah terhidu bagaikan ada yang tidak kena dalam hubungan Ariel dan Sophia yang juga sudah dua kali kegagalan rumah tangga.

Di akaun Instagram bekas isteri pemuzik terkenal Indra Lesmana itu sudah terhapus foto-foto mesra mereka.

Bahkan, Sophia yang kini sedang menjalani penggambaran filem seram Danur 2:Maddah lebih banyak memuatnaik foto bersama pelakon, Robby Purba.

“Sudah janganlah kita apa- apa ya. This is personal relationship (ini adalah hubungan peribadi) jangan cuba ciptakan drama,” jawab Sophia ketika ditanya pihak media.

Seperti biasa jelitawan berusia 48 tahun yang masih kelihatan awet muda itu tidak mengelak daripada media. Beliau menambah bahawa hubungannya dengan pelantun lagu Separuh Aku itu baik-baik saja.

Beliau turut menyangkal dakwaan kononnya, Robby Purba yang juga jauh lebih muda berusia 31 tahun itu sebagai pengganti Ariel.

“Kerana nggak ada drama, everything is fine (semuanya baik-baik saja). We care about each other (kami ambil berat antara satu sama lain) dan begitu juga dengan Robby,” ujarnya lagi.

Sophia dan Ariel sebelum ini sangat berahsia mengenai hubungan cinta. Bahkan, sewaktu ditanya pihak media mengenai apakah Sophia sudah move on (meneruskan kehidupan) apabila memadamkan foto bersamanya di Instagram, ini jawab Ariel:

“Oh ya? Gue ggak tahu (tentang foto dipadamkan di Instagram). Waduh, kalau itu (sama ada putus cinta atau sebaliknya), sepertinya ggak bisa jawab,” ungkap Ariel sambil berlalu pergi daripada pihak media.

Sejak hujung tahun lalu, Sophia dikhabarkan intim dengan aktor dan hos, Robby Purba dengan sering memuatnaik foto bersama di Instagram