Kecut Perut Nonton The Exorcist 2

TAYANGAN perdana musim baharu The Exorcist 2 telah mula ditayangkan di KIX HD (Astro Ch729) pada 30 September  lalu pukul 11.00 malam bersiaran serentak di Amerika Syarikat.

Ia menyaksikan beberapa barisan perlakon baharu dengan jalan cerita yang lebih menyeramkan dan semestinya membuatkan sesiapa yang menontonnya kecut perut!

Musim kedua ini menyaksikan Father Tomas Ortega (lakonan Alfonso Herrera) dan Marcus Keane (Ben Daniels) keluar daripada Chicago untuk menghapuskan kejahatan.

Merentasi Atlantik, Father Bennett (Kurt Egyiawan) cuba untuk menghapuskan kelompok di dalam Vatican yang telah menolak ajaran Tuhan.

Akhirnya, Tomas dan Marcus bertemu dengan Andrew Kim (Cho), seorang bekas pakar psikologi kanak-kanak yang menguruskan sebuah rumah kebajikan untuk lima orang anak angkat yang berisiko di sebuah pulau terpencil di luar pantai Seattle.

Tanpa disangka salah seorang daripada anak angkat di bawah penjagaannya menjadi sasaran oleh suatu kuasa besar.

Ini telah menyebabkan kedatangan dua paderi itu ke barat dalam suatu perjalanan yang penuh dengan kejahatan.

Antara adegan menarik musim baharu The Exorcist 2