KAMAL ADLI Dah Tak Tahan Diaibkan Zahirah, Ada Jodoh Kahwin Emma

SEPANJANG minggu lalu memang kecoh kontroversi tiga segi melibatkan pelakon Kamal Adli dengan Emma Maembong dan Zahirah Macwilson.

Tidak tahan lagi berdiam diri, dalam video rakaman Mangga TV, Kamal Adli buka mulut mempertahankan diri menepis segala kenyataan Zahirah yang disifatkannya telah ‘membantai’ serta mengaibkannya.

Video rakaman tembual bersama Kamal Adli itu lebih awal disiarkan Facebook Mangga Media. Informasi juga boleh didapati di Youtube Mangga Media.