“Kalau Nak Cemburu, Jangan Kahwin Artis”- Isteri Putra Amaris Jawab Gosip Suami Dengan Datuk Vida

Hubungan baik Datuk Sri Vida dengan Putra Amaris dikatakan atas dasar kerja. Foto dari Instagram Putra Amaris.

SEJAK akhir-akhir ini, setiap kali jutawan kosmetik popular Datu Sri Vida, 47, memuatnaik video di media sosial, mesti ada menyelit sekali pelakon Putra Amaris atau nama pentasnya sebelum ini, Amran Ismail, 33.

Diketahui ramai, Putra Amaris itu sudah berkahwin dengan Nur Syazwani Alias, 28, pada 5 Januari lalu dan kini isterinya sedang hamil enam bulan.

“Ramai bertanya tentang status apakah saya masihg isteri Amaris setelah melihat suami sering bersama Datuk Sri Vida.

“Mereka kerap dilihat bersama semuanya atas urusan kerja. Kami masih suami-isteri.

“Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, jangan kahwin dengan artis.

“Selama dia tahu batasannya dan tidak melampau, saya takkan cemburu,” jawab Syazwani ketika ditanya pengikut di media sosial.

Di samping itu, ‘kemesraan’ Amaris dengan jutawan kosmetik tersebut menimbulkan spekulasi mengatakan beliau sengaja mahu menumpang populariti selain menjadi punca Vida memecat pembantu peribadinya sebelum ini.

Isteri Putra Amaris kini sedang hamil enam bulan. Mereka berkahwin di Batu Pahat, Johor, 5 Januari lalu.