Kahwin Dengan Suami Orang Perlukan Pengorbanan

Berkahwin dengan suami orang memerlukan pengorbanan yang tinggi

Bila bercakap pasal cinta ia terlalu subjektif untuk dirungkaikan. Ia adalah soal hati dan perasaan yang Kadang-kadang tidak mampu untuk kita kawal.

Begitulah yang pernah terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai  Sofia dari Kuala Lumpur. Sofia berada dalam dilemma apabila jatuh cinta dengan suami orang.

Sofia ada bertanyakan soalan tentang jatuh cinta pada suami orang kepada pendakwah popular Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Soalannya:

“Saya berumur 32 tahun dan masih belum berkahwin, berpenampilan sederhana, periang dan mempunyai Pendidikan Tinggi hingga ke peringkat sarjana.

“Akibat terlalu mudah berkawan dan sering bersangka baik, saya kini terjebak dengan cinta suami orang. Dia tinggal jauh di Selatan tanah air dan sering berulang alik ke Kuala Lumpur.

“Dia berhasrat memperisterikan saya. Fikiran saya bercelaru semenjak dia meluahkan isi hatinya. Saya Bimbang dengan pandangan masyarakat, perasaan keluarganya terutama isteri dan anak-anaknya, juga saya memikirkan mengenai masalah lain yang bakal menimpa nanti.

“Saya juga merasakan dengan status saya kini, agak sukar untuk saya menemui calon suami. Jika saya bersetuju menerima dia, Apakah langkah yang perlu saya ambil?

Ini pula jawapan Datuk DR. Mashitah kepada situasi Sofia.

“Langkah pertama yang perlu diambil ialah solat istikharah sehingga hati benar-benar yakin dengan keputusan yang bakal diambil. Bersiap sedia lah secara mental kerana tidak mudah hidup berpoligami.

” Pastikan isteri tua tahu dan lebih baik dilakukan secara terang an daripada bersembunyi. Perkahwinan ialah perkara Suci dan Sunnah yang tidak perlu dimahukan jika dilakukan secara jujur.

“Jika benar dia lelaki yang baik, dia akan maklumkan kepada isterinya supaya kedua-kedua isteri dapat keadilan.

“Berkahwin dengan suami orang memerlukan pengorbanan tinggi dan kesabaran luar biasa serta sikap tolak ansur. Jika sudah bersedia dilambung ombak, dayunglah perahu yang ada dan bertawakallah kepada tuhan.

“Tidak semua hidup berpoligami itu perut kerana ada juga yang berjaya. Tergantung pada penerimaan isteri tua, kepimpinan suami dan kesabaran saudari, insya Allah boleh berjaya.”

Banyak soal jawab tentang wanita dalam buku Indahnya Islam

Begitulah penjelasan Datuk Dr. Mashitah kepada mereka yang mungkin mungkin berkahwin dengan suami orang.

Kalau nak baca banyak lagi soal jawab agama bersama Datuk Dr. Mashitah, bolehlah beli buku Indahnya Islam di kedai-kedai buku seperti Gallery Bookstore berhampiran, atau hubungi bahagian pemasaran di talian: 03-89243888 / 03-89243977.

Teruskan bersama MANGGA ya!