Jumpa Paris Hilton Di LA, Apa Dibualkan Elfira Loy?

“Ohh… itu saya bersama Paris Hilton… Dia baik.  Awalnya saya tak pasti apakah boleh ambil gambar bersama dia, menyedari nama besarnya Paris Hilton pulak lah kan…

“Jadi saya mulanya hanya memerhati dia dari jauh. Apabila dia berada berhampiran, saya cuba tanya boleh tak ambil gambar sama?

“Tak sangka dia sudi dan siap bagi lighting lagi to my selfie,” ungkap pelakon Elfira Loy pada kapsyen gambar bersama pewaris perniagaan rangkaian hotel terkemuka dunia itu.

Boleh dilihat keterujaan Elfira memuatnaik gambar bersama selebriti terkenal yang juga ikon fesyen itu semasa sama-sama menghadiri majlis anjuran sebuah produk jenama antarabangsa di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Elfira memang diketahui seorang selebriti muda tempatan yang sangat berjaya dalam pelbagai lapangan kerjayanya.

Dari seorang pelakon cilik seawal usia 10 tahun, sehinggalah usia bakal mencecah 24 tahun bulan ini, kita boleh lihat beliau sukses mengemudi kerjayanya, di samping tidak membelakangkan keluarga. Syabas El!