JONAS kahwin PRIYANKA dalam masa terdekat

BIARPUN sebelum ini dikatakan pasangan sensasi Priyanka Chopra dan Nick Jonas masih keliru dengan tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan mereka, namun ada yang mengatakan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut satu sumber yang tidak mahu dikenali mendakwa perkahwinan Priyanka dan Nick Jonas akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Mereka benar-benar mahu menggabungkan tradisi perkahwinan dengan kedua-dua budaya seperti yang diinginkan Priyanka mahukan majlis perkahwinannya mengikut adat tradisi India.

Antara yang dilaporkan www.geo.tv, “Ini memberi kelebihan kepada Priyanka yang mana wanita jelita itu banyak mengetahui adat dan gaya India dan Amerika.”

Priyanka mahukan perkahwinan penuh adat tradisi…

Sebelum ini Jonas didakwa melamar Priyanka di London semasa dia menyambut hari lahir ke-36 selepas memilih sebentuk cincin di butik barangan kemas, Tiffany di New York.

Kemudiannya, pasangan ternama ini bertunang pada 19 Ogos lalu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Pasangan romantik yang bakal melayari bahtera rumah tangga tidak lama lagi.