Jom Undi Peserta MPM 2019 Pilihan Anda!

Juara-juara Mister Planet Nation Malaysia musim lalu

Wah.. Debaran semakin terasa! Siapakah agaknya peserta Mister Planet–Nation Malaysia 2019 (MPM 2019) yang layak jadi finalis?

Semuanya kacak, bertubuh sedap dan berbakat. Namun hanya 16 orang peserta sahaja yang layak menjadi finalis. Jadi, jangan lepaskan peluang mengundi peserta kegemaran anda sekarang.

Bagaimana untuk mengundi? Senang sahaja. Anda perlu layari laman sesawang rasmi penganjur iaitu www.fastyleasia.com bagi memilih 16 finalis pilihan anda.

Sesi uji bakat MPM 2019 yang diadili oleh wakil penganjur Fastyleasia dan pihak media

Dalam laman sesawang tersebut anda boleh melihat wajah serta segala info berkaitan para peserta.

Program pencarian bakat MPM2019 ini mempunyai misi untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan jejaka-jejaka tempatan.

Memasuki musim keenam, MPM 2019 kali ini dianjurkan oleh agensi pengurusan bakat FastyleAsia yang pernah mencorakkan kerjaya beberapa bintang popular, kali ini mereka fokus untuk kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FastyleAsia, Faslie Subari melalui syarikatnya yang pernah membentuk karier seni Fattah Amin, Mira Filzah, Sherry Ibrahim dan Randy Pangalila sebelum ini mendorongnya untuk terus membuka ruang kepada wajah-wajah baharu.

Jom kita undi para peserta MPM 2019 sekarang sehingga tarikh akhir mengundi 15 Februari ini. Pastikan peserta kegemaran anda terpilih.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di laman Facebook dan Instagram @misterplanetnationmalaysia.

Teruskan bersama manggamedia.com.my.