JANNA NICK Aktres Pilihan Peminat Buat Kali Ke- 2

SESUATU yang menarik dalam penganjuran Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2018), Janna Nick dan Zul Ariffin buat kali kedua berjaya merebut gelaran Aktres serta Aktor Pilihan.

Buktinya, pasangan pelakon ini sekali lagi menjadi pilihan para peminat berdasarkan hasil undian. Janna Nick dipilih menerusi drama Biar Aku Jadi Penunggu.

Antara calon yang ditewaskan ialah Farah Nabilah (Titian Cinta). Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita) dan Mia Ahmad (Mr Boss Miss Stalker).

Manakala, Zul Ariffin diangkat sekali lagi berdasarkan lakonan hebatnya dalam drama Titian Cinta.

DFKL2018 edisi kelima yang bersiaran secara langsung di TV3 dari Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad malam, dihoskan oleh Nabila Huda dan Ajak Shiro.

Dengan tema Masa Untuk Drama, DFKL berjaya menjadi sebuah platform kepada anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka dan menimba ilmu tentang selok-belok dalam industri seni tanah air.

Acara kemuncak DFKL 2018 itu pula merupakan malam pengiktirafan buat para pelakon, pengarah, penulis skrip dan drama menerusi undian penonton.

“Di belakang kejayaan seorang anak, adalah berkat doa seorang ibu,” ujar Janna Nick.

Janna Nick turut buat persembahan lagu single terbaharunya, Akan Bercinta.

Senarai Pemenang DFKL 2018:

  • Aktor Pilihan : Zul Ariffin – Drama Titian Cinta
  • Aktres Pilihan: Janna Nick- Biar Aku Jadi Penunggu
  • Antagonis Pilihan: Shukri Yahya- Andainya Takdir
  • Drama Pilihan:Dekatkan Jarak Kita (JS Productions)
  • Lagu Tema OST Pilihan: Sumpah Cintaku- Asfan- Titian Cinta
  • Penulisan Skrip Pilihan: Farhana Fauri- Titian Cinta
  • Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures)
  • Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle & Ayda Jebat- Dekatkan Jarak Kita
  • Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah- Titian Cinta
  • Selfie Paling Drama: Ain Edruce
  • Drama Radio Pilihan: Zul Huzaimy & Nad Zainal Cinta Biasa (Kool FM)
  • Drama Pendek Pilihan: Siti Sal- Manikam Dalam Lipatan
Zul Ariffin dipilih peminat sebagai Aktor Pilihan menerusi drama Titian Cinta.