Janna Nick ‘Akan Bercinta’ Sampai Itali

Janna Nick pertama kali mengarah muzik video sendiri melalui single keduanya, Akan Bercinta yang menjalani penggambaran di Itali. FOTO: ZULHILMI ZAINI

 

TAK sampai seminggu sejak dimuatkan ke laman Youtube, 1 Disember baru-baru ini, lagu single kedua pelakon Janna Nick, 22, Akan Bercinta sudah meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan.

Akan Bercinta yang juga ciptaan sepenuhnya Aepul Roza, vokalis Drama Band merupakan lagu tema drama My Coffee Prince yang juga kini mencapai rating no. 1 di Astro Ria.

Memanglah sesuatu yang bermakna buat pemilik nama penuh, Nurul Jannah Muner ini kerana ini merupakan muzik video pertama arahannya. Beliau juga bertindak selaku penerbit.

“Nervous juga pertama kali cuba jadi pengarah muzik video sendiri. Sekaligus ini adalah pengalaman pertama saya juga menceburi dunia pengarahan,” katanya semasa majlis pelancaran single tersebut di sebuah pusat karaoke di Petaling Jaya pada Rabu.

Klip video Akan Bercinta menampilkan seorang model terkenal Itali untuk menunjukkan jalan cerita seorang wanita yang menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki idaman dan berharap akan bercinta bersama.

Klip video ini memilih destinasi penggambaran sepenuhnya di Hotel Kolbe Roma Itali, Vinter Vintage dan Tourism Itali. Ia merupakan idea asal Janna Nick. Single pertamanya, Mungkin Saja. 

Berikut rakaman temubual Mangga TV bersama Janna Nick: