“Jangan Salahkan Izreen”- UDE Cerai Intan Talak Satu

Intan Liana Saleh dicerai talak satu oleh suaminya Ude. Hadir di mahkamah bersama anak bongsu, Ariq Muqri dan ditemani kakaknya, Rosalwa Saleh. FOTO: EMMA HASSAN

PEMUZIK bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, yang juga suami pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam, sah menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33, dengan talak satu.

Lafaz talak dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang, Kuala Lumpur pada Khamis, 22 Mac sekitar pukul 9.50 pagi.

Ude mengahwini Izreen dalam satu majlis tertutup di Damansara pada 8 Ogos tahun lepas.

Pemuzik bebas itu menfailkan permohonan  cerai terhadap isteri pertama pada 30 November tahun lalu selepas lima tahun berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, Arish Muqri, 3 serta Ariq Muqri, setahun.

Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, pemuzik bebas hadir di mahkamah syariah Gombak Timur bersama peguam syarie, Mohd Zaidi Mohd Zain.

Ude diwakili peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan alasan cerai kerana sudah tiada persefahaman selain sudah tiada perasaan terhadap isteri pertama.

Intan Liana diwakili peguam syarie, Suriany Awaludin. Intan hadir di mahkamah bersama anak bongsunya dan ditemani kakaknya, Rosalwa Saleh.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam permohonan cerai, Ude selaku plaintif mengatakan sudah dua bulan tinggal berasingan dengan isteri pertama selain cuba menyelesaikan masalah rumah tangga.

“Perceraian ini langsung tidak melibatkan pihak ketiga. Saya mahu menjelaskan kenyataan – kenyataan Intan sebelum ini adalah  satu pembohongan.

“Dia membuka aib saya dan orang ramai memandang serong pada saya seolah-olah sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab.

“Rumah tangga kami sudah bermasalah sebelum saya berjumpa dan mengahwink Izreen. Jangan salahkan Izreen. Dia bukan punca perceraian ini,” jelas Ude kepada Mangga Media sejurus mahkamah meluluskan permohonan cerai.

Intan Liana Saleh reda bercerai talak satu.

Ude bagaimanapun memaklumkan hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isteri namun turut mempunyai hak lawatan dan jagaan.

“Saya reda dengan keputusan perceraian ini. Saya kena teruskan kehidupan dan menerima dengan hati terbuka.

“Tentang kerjaya modeling itu saya.belum pasti. Tentang soal hak anal-anak akan dibincangkan selepas ini,” ujar Intan Liana yang ditemui di perkarangan mahkamah.