{VIDEO} Jamal Abdillah Sporting Diusik Isteri

SESUATU yang menggembirakan petugas media apabila Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 59, terbuka hati memperkenalkan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 24, yang baru dinikahinya 11 bulan lepas.

Malahan, satu bonus besar bagi petugas media juga apabila pelantun lagu hit Azura, Sandarkan Pada Kenangan dan Sepi Seorang Perindu itu tidak melarang langsung membawa sekali isteri yang muda 35 tahun itu untuk sama-sama ditemubual.

“Dia bukan kenal kita pun… lagu-lagu kita pun dia tak tahu...” seloroh Jamal kepada Mangga Media serta beberapa wakil penerbitan media lain.

Bintang filem Azura serta Kekasih Awal Dan Akhir itu ditemui pihak media di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa.

Jamal bakal bergandingan dengan Ratu R&B, Dayang Nurfaizah dalam persembahan minggu setiausaha di hotel tersebut pada 25 April depan.

Jamal Abdillah mengahwini Zai Izzati Khiruddin yang muda 35 tahun daripadanya pada 1 April tahun lalu.