JAA SUZURAN Berentap Dengan 9 Insta Famous Luar Negara

Jaa Suzuran mewakili Malaysia dalam pertandingan The Amazing Sunway City Challenge, Kuala Lumpur

Selebriti kacak bertubuh sedap Jaa Suzuran mengaku terpaksa bersaing hebat dengan sembilan lagi insta famous dalam pertandingan The Amazing Sunway City Challenge di Sunway  City, Kuala Lumpur.

Jaa yang mempunyai 1.2 juta pengikut di instagram mempunyai fobia air dan tempat tinggi ini sanggup mencabar dirinya demi mengharumkan nama negara.

Jaa Suzuran bersama para peserta dari sembilan buah negara berentap dalam The Amazing Sunway City Challenge

Selain Jaa Suzuran yang mewakili Malaysia, para insta famous lain yang terlibat sebagai peserta adalah Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia  Ghaleb (Mesir).

Mereka akan menjalani pelbagai aktiviti lasak dan mencabar di sekitar Sunway City termasuklah Sunway Lagoon.

Antara aktiviti mencabar yang akan dilalui oleh Jaa dan juga para peserta lain adalah cabaran gelongsor air terbesar dunia di Sunway Lagoon iaitu Vuvuzela dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.

Wow! Boleh tahan juga aktivitinya kan?

Cerita Jaa Suzuran, “sebagai satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia, saya akan lalui cabaran tersebut sebaik mungkin demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Walaupun saya ni fobia kepada air dan tempat tinggi, saya sanggup mencabar diri kerana mahu melakukan yang terbaik buat Malaysia.

“Bagi saya, setiap orang khususnya selebriti mempunyai cara tersendiri dalam memperkenalkan lagi negara kita. Ini peluang saya bawa nama Malaysia ke peringkat Asia.

Jaa mahu mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia dan seterusnya antarabangsa

” Pertandingan The Amazing Sunway City Challenge di Sunway  City ini juga antara cara untuk menarik pelancong luar datang ke Malaysia.

“Saya akui para peserta lain hebat-hebat. Selain mempunyai pengaruh tersendiri mereka juga kreatif dalam apa jua yang dilakukan.

“Semua orang nak menang. Siapa nak kalah kan? Namun menang kalah itu adat pertandingan. Apa yang penting adalah pengalaman saya bekerjasama dengan orang luar negara.

“Dalam masa yang sama, pertandingan ini juga sedikit sebanyak akan membantu saya untuk lebih dikenali di Malaysia mahupun di peringkat Asia.”

Luah Jaa Suzuran yang mengharapkan sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini.

Semua Selebriti media sosial yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan ini akan bertanding dalam aktiviti di sekitar lokasi utama Sunway City  untuk memenangi mata Sunway Pals bernilai RM25, 000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note 9.

Peminat boleh mengikuti gelagat Jaa Suzuran dan  para peserta melalui empat episod web yang akan ditayangkan pada Februari 2019. Program ini akan ditayangkan di laman Web rasmi SAYS.com, IDN Times, ET today, Line.tv, LUVE, serta platform  rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.

Pasal kerjaya, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24 akan muncul dalam filem Autumn In Wales bersama Eyka Farhana.