Isteri Tidak Boleh Paksa Suami Ceraikan Madunya

Tidak mudah sebenarnya untuk menerima hakikat hidup bermadu. Bermunajatlah kepada Allah semoga hati kita tabah dalam menghadapi apa jua dugaan

MANGGA faham situasi para isteri yang hidup bermadu. Hakikatnya memang pahit apabila kasih suami telah terbahagi.

MANGGA simpati dengan nasib seorang isteri yang dikenali sebagai Has dari Kuantan, Pahang.

Has bertanyakan kepada Datuk Ustaz Kazim Elias (UKE) tentang masalah rumah tangganya.

Soalannya:

“Suami saya berkahwin lagi tanpa pengetahuan saya. Apabila rahsianya pecah, saya sangat menderita dengan perbuatannya.

“Sejak dia berkahwin baharu, kami selalu sesak dari segi kewangan dan apabila dia menceraikan isteri mudanya, barulah hidup kami kembali normal.

“Selepas bercerai, ada dua tiga kali perempuan itu menghantar mesej melalui telefon kepada saya untuk mengatakan yang mereka belum bercerai.

“Saya ada buat solat istikharah dan petunjuk  berat kepada suamj sudah menceraikan perempuan itu. Berdosakah kami?”

Buku Cer Kome Tanye, UKE Jawab laris di pasaran

Ini jawab Ustaz Kazim Elias:

“Has, saya mencadangkan agar puan dapat penjelasan yang lebih lanjut adakah mereka bercerai atau belum. Mungkin mereka sudah bercerai atau kembali rujuk.

“Mungkin juga belum bercerai tetapi cuma untuk mengambil hati puan saja. Apa-apa pun seorang isteri tidak boleh memaksa suaminya menceraikan madunya.

“Jika suaminya tidak mampu, maka mestilah wujud kerjasama daripada semua pihak untuk mencukupkan perbelanjaan.

“Kita boleh menghalang jika mereka belum berkahwin tetapi kalau dah berkahwin maka hendaklah dilaksanakan tanggungjawab secara adil dan saksama.

“Jika puan berasakan suami tidak memberikan nafkah yang cukup, maka puan boleh adukan masalah ini ke pejabat agama.

Begitulah jawapan Ustaz Kazim yang turut menjadi inspirasi masyarakat
Alhamdulillah…

Nak tahu pelbagai topik menarik dibincangkan, jangan lupa beli buku koleksi Ustaz Kazim Elias berjudul Himpunan Terbaik – Cer Kome Tanye, UKE jawab.

Lebih 300 soalan terbaik dipilih untuk dijawab oleh UKE. Soalan-soalan bonus pun ada! Rugi kalau tak beli tau!

Buku terbitan Utusan Karya ini boleh didapati di kedai-kedai buku atau majalah yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi bahagian pemasaran di talian :03-89243888 atau 03-89243977.

Foto: instagram @loveofhusbandwife @cartoon_profil_pics