Isteri Kawan Ketagih Ajak Seks, Apa Nak Buat?

Apabila isteri kawan mula ketagih ajak melakukan dosa besar zina, ada cara untuk mengelaknya. 

MANGGA terkejut apabila ada seorang kawan melakukan hubungan seks terlarang atau zina dengan isteri kawannya. Hancurnya hati kalau suami dia tahu.

Ini pengakuan daripada seorang lelaki bernama Wan dari Rantau Panjang, Kelantan.

Ini soalan dia kepada Datuk Ustaz Kazim Elias (UKE) melalui buku himpunan terbaik Cer Kome Tanye, UKE jawab.

“Saya bertugas di sempadan Sungai Golok dan di atas ajakan rakan-rakan, saya sering mengunjungi rumah urut dan pelacuran untuk memuaskan nafsu.

“Untuk pengetahuan ustaz, saya juga pernah berzina dengan isteri kawan saya yang bekerja sepejabat dengan saya sehingga dia mengandungkan anak luar nikah, namun menggugurkannya.

“Sekarang saya ingin meninggalkan perbuatan tersebut tetapi isteri kawan saya itu masih lagi mengajak saya melakukan zina dan menggugut serta mengganggu rumah tangga saya. Apakah yang perlu saya lakukan ustaz?”

Buku Cer Kome Tanye, UKE Jawab laris di pasaran

Ini jawab Ustaz Kazim:

“Astaghfirullahalazim. Kenapa jadi macam itu Encik Wan? Sebab itu kita disuruh pilih kawan yang baik-baik. Silap pilih kawan, kita yang merana.

“Apa pun, Encik Wan sudah bertaubat dan kekalkanlah taubat itu sehingga meninggal dunia.

“Berzina adalah dosa besar, apatah lagi dengan isteri orang. Sekarang, sila putuskan hubungan dengan perempuan itu.

“Tukar nombor telefon bimbit, tutup akaun facebook dan jangan lagi berjumpa dengannya. Encik Wan bertaubatlah bersungguh-sungguh.

“Mudah-mudahan Allah s.w.t selamatkan Encik Wan daripada niat buruk dan kejahatan. Jangan takut dengan ugutan. Yakinlah Allah akan lindungi jika kita bertaubat.”

Begitulah jawapan Ustaz Kazim yang turut menjadi inspirasi masyarakat
Alhamdulillah…

Nak tahu pelbagai topik menarik dibincangkan, jangan lupa beli buku koleksi Ustaz Kazim Elias berjudul Himpunan Terbaik – Cer Kome Tanye, UKE jawab.

Lebih 300 soalan terbaik dipilih untuk dijawab oleh UKE. Soalan-soalan bonus pun ada! Rugi kalau tak beli tau!

Buku terbitan Utusan Karya ini boleh didapati di kedai-kedai buku atau majalah yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi bahagian pemasaran di talian :03-89243888 atau 03-89243977.

Foto: instagram @priaperkasa5