Isteri Fizo Omar Selamat Lahir Bayi Perempuan

AKHIRNYA pelakon, pengacara dan pengusaha, Fizo Omar bergelar bapa! Fizo berkongsi kegembiraan tersebut di akaun Instagram sebentar tadi memaklumkan isterinya, Mawar Karim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Zuriat sulung pasangan ini lahir seberat 2.78 kilogram di Hospital Pantai Kuala Lumpur pukul 4.01 petang Jumaat.

Tahniah buat Fizo dan Mawar. Pastinya kurniaan zuriat sulung setelah empat tahun berkahwin ini akan menambahkan kebahagiaan.