IRWANSYAH Rakam Semula Lagu Bekas Kekasih

JAKARTA- PENYANYI, pelakon dan usahawan berjaya, Irwansyah, 32, bakal menyambung kembali karier nyanyian setelah sekian lama ditinggalkan seketika lantaran beri tumpuan pada production house R1 Productions selain bisnes kulinari iaitu rangkaian kedai kek di Indonesia.

Beliau bakal merakam semula lagu Berdua Lebih Baik, yang pernah dinyanyikan bekas pacarnya, Acha Septriasa. Irwansyah dan Acha dilihat sebagai pasangan hero heroin serasi yang ngetop melalui filem Heart pada 2006.

Kini Irwansyah bahagia dengan isterinya, aktres dan pemilik butik muslimah, Zaskia Sungkar. Manakala Acha sedang hamil empat bulan dan menetap di Sydney, Australia mengikut suaminya, Vicky Kharisma.

Berikut rakaman temubual oleh EMMA HASSAN bersama Irwansyah ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Dia di kawasan peranginan popular, Puncak di Bogor, Jakarta, baru-baru ini.