{VIDEO} INTAN LIANA Reda Dicerai Suami Izreen: “Saya Kena Teruskan Kehidupan”

BEKAS isteri pertama suami pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh, 33, mengakui harus reda menerima keputusan Hakim Mahkamah Syarie Gombak Timur, Ampang, Kuala Lumpur, meluluskan permohonan cerai yang difailkan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30.

Lafaz cerai talak satu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin pada Khamis, 22 Mac sekitar pukul 9.50 pagi.

Intan Liana diwakili peguam syarie, Suriany Awaludin manakala Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, mewakili Ude.

Hasil perkahwinan selama lima tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 3 serta Ariq Muqri, setahun.