Inikah Kekasih Azira Shafinaz?

ADA beberapa netizen yang begitu mengambil tahu segala benda berlaku dalam industri seni tempatan bertanyakan kepada Mangga Media (MM), adakah lelaki di sebelah penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz, 27, ini adalah buah hatinya?

Netizen itu sekadar mahu tahu setelah melihat beberapa gambar mesra pasangan ini menerusi Instagram pemuda tersebut. Kalau tengok pada Instagram salah seorang anggota kumpulan trio DeFam ini memang tiada gambar mesra mereka berdua.

Tetapi, yang menariknya, Azira ada meletakkan komen ‘love you sayang’, ‘miss you sayang’, pada beberapa gambar dimuatnaik pemuda yang MM boleh tulis pangkal namanya ‘Y’ sahajalah. Khabarnya mereka sudah lima tahun bercinta, betul kah?

Azira dan teman-temannya dalam DeFam iaitu Cik Manggis dan Sophia mula dikenali melalui lagu Supergirls. Beliau pun aktif berlakon, antara drama popularnya, Married Tapi Benci serta Mr Donat Karamel. 

Nantilah MM tanyakan sendiri pada Azira… kalau dia nak kongsi cerita perihal peribadi. Apapun, MM sentiasa mendoakan yang terbaik, fikir baik-baik dan sentiasa positif.

MM: Tahniah kepada Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang telah selamat dikurniakan cahayamata lelaki seberat 3.85 kilogram pada Khamis, kira-kira pukul 10.15 malam. 

Azira dan buah hati khabarnya sudah lima tahun bercinta, betul kah?