Iko Uwais Digeruni Dalam Mile 22

AKTOR Iko Uwais, 35, semakin memantapkan karier lakonan di industri perfileman Hollywood.

Selepas persembahan hebat dalam filem Beyond Skyline tahun lepas, suami penyanyi Audy Item ini sekali lagi menunjukkan skil pertarungan dalam satu lagi filem aksi berjudul Mile 22.

Kali ini beliau beradu kekuatan dengan aktor popular Hollywood, Mark Wahlberg, John Malkovich dan Lauren Cohan.

Hampir tiba. Semak adegan di balik pembuatan #Mile22 dan pastikan kalian menyaksikannya di bioskop pada 17 Ogos ini,” tulis Iko Uwais pada gambar yang dimuatnaik di akaun peribadi Instagram. Satu video rasmi Mile 22 turut beredar di media sosial.

Di filem tersebut, bekas atlet sukan Silat Indonesia ini memegang watak anggota polis yang harus menyampaikan informasi penting kepada pemerintah negaranya bagi menyelamatkan jutaan nyawa manusia.

Hanya ada satu cara ketika berhadapan dengan Iko. Pukul dia dan langsung hilangkan diri.

“Kerana jika tidak, dia akan pasti membelasah anda habis-habisan,” komen salah seorang kru produksi, menggambarkan betapa aktor ini digeruni kerana skil persilatannya.

Nama Iko Uwais mulai melambung saat terlibat dalam filem The Raid (2011) Kalau ikutkan, filem pertamanya, Merantau pada 2009 juga memperlihatkan aksi silat, namun waktu itu kurang sambutan.