Hukum Suami Ajak Seks Semasa Sakit

Ada seorang wanita bertanyakan MANGGA tentang hubungan rumah tangganya. Memandangkan MANGGA masih solo dan dara, lebih baik soalan ini ditujukan kepada yang layak.

Soalannya, Apakah hukumnya jika seorang suami mengajak isterinya bersetubuh sedangkan pada waktu itu isterinya sedang sakit demam panas dan terlantar dia atas katil?

Jom kita baca penjelasan oleh pendakwah popular Datuk Dr. Mashitah Ibrahim tentang soalan ini.

Katanya, “persetubuhan suami isteri sewajarnya dilakukan dalam suasana kedua-dua mereka mendapat kepuasan. Wajib seorang suami bertimbang rasa terhadap keadaan isteri yang sakit.

“Rasa kemanusiaan yang Allah berikan dalam diri manusia mestilah digunakan dalam hal ini. Berdosalah seorang suami yang tidak memperlakukan isterinya dengan baik dan termasuk dalam hal ini, memaksa bersetubuh dalam keadaan sakit adalah berdosa.”

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua.

Banyak soal jawab tentang wanita dalam buku Indahnya Islam

Kalau nak baca banyak lagi soal jawab agama bersama Datuk Dr. Mashitah, bolehlah beli buku Indahnya Islam di kedai-kedai buku seperti Gallery Bookstore berhampiran, atau hubungi bahagian pemasaran di talian: 03-89243888 / 03-89243977.

Teruskan bersama MANGGA ya!

Foto: Instagram @rocking_a_carpentry