Hukum Isteri Melancap Selepas Tonton Video Lucah

Ada isteri yang gemar menonton video lucah ketika suami tiada di rumah

Dalam dunia serba canggih tanpa sempadan ini, pelbagai perkara dapat kita capai hanya di hujung jari. Perkara yang baik atau tidak, terpulanglah kepada kita.

MANGGA tertarik dengan kisah seorang isteri yang gemar menonton video lucah. Iyalah… Selalunya orang lebih sinonimkan video lucah dengan golongan lelaki.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ida dari Bangsar bertanyakan soalan ini kepada pendakwah bebas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Soalannya…

“Apakah hukumnya jika seorang isteri menonton video berunsurkan adegan panas atau lucah ketika ketiadaan suaminya?

Ini jawab Datuk Dr. Mashitah:

“Antara kewajipan seorang isteri apabila suami tiada adalah menjaga kehormatan dirinya. Seorang yamg menonton video lucah ada banyak risikonya.

“Pertama, dia mendapat dosa kerana tidak memelihara matanya.

“Kedua, menonton video yang begini dapat merangsang keinginan isteri. Apabila nafsu terangsang, dia tidak mempunyai jalan yang sah untuk lepas dan ada kemungkinan akan dilepaskan dengan melancap, atau berasa terangsang  dan keluar cecair dengan hanya melihat.

“Ini dikira berdosa. Jadi lebih baik elakkan.”

Jangan lupa dapatkan buku soal jawab Fitrah Wanita bersama Datuk Dr. Masyitah

Begitulah penerangan oleh Datuk Dr. Mashitah  berkenaan isteri yang gemar menonton video lucah.

Kalau nak baca banyak lagi soal jawab agama bersama Datuk Dr. Mashitah, bolehlah beli buku Fitrah Wanita di kedai-kedai buku seperti Gallery Bookstore berhampiran, atau hubungi bahagian pemasaran di talian: 03-89243888 / 03-89243977.

Teruskan bersama MANGGA ya!

Foto: instagram @andrewozimek / @grovoverflade