Hukum Buang Kucing, Berdosa Tak?

Seorang pencinta haiwan ada bertanyakan tentang isu pembuangan kucing. Masih ada yang ragu-ragu tentang bolehkah kita membuang kucing?

Soalannya:

“Berdosakah saya buang kucing di pasar ikan? Kucing itu datang ke rumah saya dan disebabkan saya sering beri kucing itu makan, jiran beranggapan ia kepunyaan saya.

Oleh sebab kucing itu membuang najis di luar kawasan rumah saya dan jiran, mereka merungut mengatakan kucing tersebut mengotorkan kawasan rumahnya.”

Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias ada jawapan untuk situasi ini.

Katanya, “perbuatan memberi makan kepada kucing adalah berpahala. Bagus kerana bukan semua orang boleh buat macam itu.

“Tetapi jika membela kucing itu boleh menimbulkan masalah kepada jiran sehingga mencetuskan perkara yang tidak elok, jadi hukumnya lain pula.

“Anda boleh bela tapi pastikan kucing itu dibela dengan cara yang tidak menyeksanya dan tidak juga mendatangkan masalah kepada jiran. Anda juga boleh serahkan kepada pihak tertentu  yang membuat perkhidmatan menjaga kucing terbiar.

“Anda juga boleh hantar ke pasar yang anda yakin bahawa di pasar itu banyak makanan untuk si kucing itu.

“Saya pernah melihat seorang lelaki yang memberi makanan kepada kucing di pasar dan dia juga memberi makanan berupa ikan kepada kucing di sepanjang jalan ke rumahnya tanpa membela kucing di rumahnya.

“Dan yang sangat menakjubkan kucing-kucing itu seolah-olah mengetahui pukul berapa dia akan mengagihkan ikan-ikan dengan menunggu di sepanjang jalan dan di pasar.  Dan dia tidak bela walaupun seekor kucing di rumahnya.”

Buku Cer Kome Tanye, UKE Jawab laris di pasaran

Begitulah penjelasan daripada Ustaz Kazim tentang isu pembuangan kucing.

Apa yang MANGGA boleh cakap, dalam dunia Allah ini, kita sebenarnya berkongsi rezeki di bumi ini dengan sesama makhluk seperti haiwan peliharaan seperti kucing.

Nak tahu, pengasas yang juga pengarang pertama MANGGA iaitu arwah Juwie juga seorang pencinta kucing. Rezekinya murah kerana sering berkongsi rezeki dengan si comel – si comel ini.

Nak tahu pelbagai topik menarik dibincangkan, jangan lupa beli buku koleksi Ustaz Kazim Elias berjudul Himpunan Terbaik – Cer Kome Tanye, UKE jawab.

Lebih 300 soalan terbaik dipilih untuk dijawab oleh UKE. Soalan-soalan bonus pun ada! Rugi kalau tak beli tau!

Buku terbitan Utusan Karya ini boleh didapati di kedai-kedai buku atau majalah yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi bahagian pemasaran di talian :03-89243888 atau 03-89243977.

Foto: instagram @pusat_jagaan_kucing