Himpunan Sejuta Rakyat Demi ISLAM.. USTAZ EBIT LEW Terharu

Himpunan lebih sejuta rakyat demi mempertahankan Islam dan keamanan berbilang kaum, membuatkan Ebit Lew sebak kerana terharu

Menjadi satu sejarah apabila perhimpunan yang dianggarkan disertai oleh lebih sejuta rakyat berlangsung secara aman dan tidak ada berlaku kekecohan.

Tahniah kepada semua yang menyertai perhimpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812.

Bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur, malah wakil seluruh Malaysia datang berhimpun demi mempertahan agama Islam dan keharmonian berbilang kaum selama ini.

MANGGA bukanlah suka berpolitik, tetapi bukankah mempertahankan agama Islam serta keamanan negara menjadi tanggungjawab bersama kita rakyat Malaysia?

MANGGA juga tertarik dengan kata-kata atau status Ustaz Ebit Lew yang membuatkan ramai rasa terharu.

Ustaz Ebit Lew antara pendakwah yang menjadi rujukan orang ramai termasuk artis

Luahan Ebit Lew di instagramnya @ebitlew,

“sebak tengok himpunan sejuta orang ini  dipenuhi dengan kasih sayang, solat berjemaah dan menyampaikan kebenaran.

“Allah yang maha baik dan maha kaya. Semoga kita orang Islam akan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan iman dan kasih sayang.

“Saya syukur dapat menikmati Islam ini asbab (disebabkan) doa tuan puan semua. Kini dah tiba masanya kita semua pakat-pakat berganding bahu dan sentiasa menyampaikan dakwah ini. Jaga agama Islam ini sama-sama.

“Teringat Mufti Zainal Abidin RAH, katanya usaha Nabi Muhammad SAW ada dua. Satu, ajak kepada iman dan Islam. Kedua, tinggalkan asobiyah (berpuak-puak).

“Janganlah mulakan lagi perkara seperti ICERD dan lain-lain. Buat orang atasan, tegaslah dalam perkara ini.

Himpunan lebih sejuta orang ini membuktikan perpaduan kukuh rakyat berbilang kaum yang sudah lama terjalin selama ini. Jagalah hubungan ini ya!

“Pemimpian semua akan diikat di akhirat nanti ditanya tentang Islam ini. Jangan benarkan mana-mana menteri atau sesiapa dalam parlimen atau media, mula menyentuh perkara yang tak patut disentuh.

“Jangan hina Islam, jangan hina Nabi, jangan perlekehkan Islam. Jangan kerana beberapa patah perkataan menteri seperti ini, kasih sayang dan perpaduan kita rakyat Malaysia berpecah.

“Kita telah hidup aman damai selama ini. Berkasih sayang sekian lama. Semoga Allah bangkitkan sayangkan Islam dalam hati anak muda kita semua.

“Tiada perkara yang lebih mahal daripada ISLAM ini. Semoga jadi asbab hidayah. Tahniah semua. Allah sayang. Siapa yang menghimpunkan seramai ini ialah Allah. Subhanallah. ALLAH sayang semua.

“Kita semua sebuah keluarga. Tahniah, perhimpunan paling terkawal dan berkat dengan zikir, selawat, doa dan kasih sayang dan solat berjemaah.

“Himpunan yang menarik rahmat ALLAH. Insya Allah…”

Semog kata-kata, semangat dan doa Ustaz Ebit Lew dimakbulkan Allah. Kita bertuah masih memiliki ramai pendakwah seperti Ebit Lew yang mahukan yang terbaik buat semua. Alhamdulillah..

View this post on Instagram

Sebak tengok himpunan sejuta orang ini dipenuhi dengan kasih sayang, solat berjemaah dan menyampaikan kebenaran. Allah yang Maha Baik dan Maha Kaya. Semoga kita orang Islam akan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan iman dan kasih sayang.. Saya syukur dapat menikmati Islam ini asbab doa tuanpuan semua. Kini dah tiba masanya kita semua pakat-pakat berganding bahu dan sentiasa menyampaikan dakwah ini… Jaga agama Islam ini sama-sama. Teringat Mufti Zainal Abidin rah kata usaha Nabi Muhammad saw ada 2. Satu ajak kepada iman dan Islam. Kedua tinggalkan asobiyah.. Janganlah mulakan lagi dengan perkara seperti icerd dan lain-lain. Buat orang atasan tegaslah dalam perkara ini. Pemimpin semua akan diikat diakhirat nanti ditanya tentang Islam ini. Jangan benarkan mana-mana menteri atau sesiapa dalam perlimen atau media mula menyentuh perkara yang tak patut disentuh. Jangan hina Islam. Hina Nabi saw. Perlekehkan Islam..Jangan kerana beberapa patah perkataan menteri seperti ini..kasih sayang dan perpaduan kita rakyat Malaysia berpecah. Kita telah hidup aman damai selama ini. Berkasih sayang sekian lama.. Semoga Allah bangkitkan sayangkan Islam dalam hati anak muda kita semua. Tiada perkara lebih mahal lebih dari Islam ini. Semoga jadi asbab hidayah. Tahniah semua. Allah sayang. Siapa yang menghimpunkan seramai ini ialah Allah..subhanallah. tahniah Allah sayang semua. Kita semua sebuah keluarga.. Tahniah perhimpunan paling terkawal dan berkat dengan zikir selawat doa dan kasih sayang dan solat berjemaah. Himpunan yang menarik rahmat Allah insyaAllah-ebitlew (pinjamGambarOranglainte kiu) #himpunan812 #AllahSayangSemua

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Program yang menjadi kegemaran MANGGA. Program TV Ustaz Ebit Lew bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza

View this post on Instagram

Dengarlah dari hati yang tulus….Sepanjang di pentas Datuk Siti Nurhaliza @ctdk menangis cerita tentang perjalanan mendapat anak dalam program 'A Bit With Ebit' tvalhijrah.Tayangan selasa 4september 7.30mlm/10malam ..ya Allah siapa sangkakan…dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukan @ctdk. Terasa dalam kata-katanya kerana diungkap dari hati yang ikhlas..Allahu.. Dari naik pentas beliau menangis cerita bagaimana impiannya dan proses perjalanan dan tepat masanya Allah anugerahkan Siti Aafiyah. Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah.. Bila saya tanya harapannya pada anaknya..beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran.. Kan..betapa hati seorang ibu…dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama.. Jika arwah mak saya ada mesti happy sebab selalu doakan TokTi..tadi bidadari saya sempat jumpa. Kata Tokti best sangat makan dekat ParamountCoffeeHouse. Sempat hadiahkan buku isterikuBidadari dalam live rakaman tadi..teringin orang baik sepertinya memiliki buku ini.. Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri. Semoga Allah terus beri kesihatan buat Tokti bersama suami anak dan semua ahli keluarga. Bahagia sampai syurga. Semoga Siti Aafiyah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa. Saya bila tengok 'A Bit With Ebit'. Menangis lak..cuma teringat mak saya selalu menangis bila saya sedih dan peluk saya bila orang marah atau halau masa berdakwah..tu jer..ya Allah terimalah program ini jadi asbab hidayah. Pohon doa semua yer tayangan ogos 2018. Bawa pasangan,keluarga semua menonton. Keluargasunnah.-ebitlew @ctdk @rozisangdewi @paramountcoffeehouse @tvalhijrah114 @wasirilaswad @tvAlhijrah #aBitWithEbit #TqtvAlhijrah #tqAlFatehJunior #tqKeluargaSunnah #keluargaSunnah29september2018 @matradeKl #abitwithebit

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Foto: instagram @ebitlew