“Hidup Sendiri, Masak Pun Sendirilah”- Nicholas Saputra

HIDUP sendiri, bukan masalah besar bagi aktor Nicholas Saputra, 34, melakukan semua perkara bersendirian, termasuklah turun ke dapur memasak.

Mahir memasak, juga tidak beri masalah berat bagi ‘Rangga’ Ada Apa Dengan Cinta ini merealisasikan karakter seorang cef di dalam filem terbaharunya, Aruna Dan Lidahnya.

Buak kesekian kalinya, Nicholas disatukan dengan heroin sejatinya di layar lebar, Dian Sastrowardoyo. Turut berlakon, Hannah Al Rashid.

“Barangkali ramai belum tahu saya sebenarnya suka memasak. Jadi, ngak sulit membawa watak cef dalam filem ini.

“Malahan, semasa masih kuliah jauh dari keluarga dan hidup sendiri, saya dah biasa memasak. Hidup sendiri jadi masak pun sendirilah,” ujar Nicholas.

Hobi melancong ke merata tempat seluruh dunia juga lebih memahirkan aktor ganteng ini dalam penyediaan makanan.

Untungnya juga, berlakon dalam filem Aruna Dan Lidahnya, beliau mendapat tip masakan daripada cef yang disediakan pihak produksi.

“Kalau saya rindukan satu-satu tempat yang pernah saya kunjungi, saya akan memasak makanan istimewa dari tempat tersebut,” katanya lagi.

Dalam filem terbaharu itu, Nicholas sebagai cef dan sahabat karib kepada karakter Aruna lakonan Dian Sastrowardoyo di mana akan sentiasa menyediakan makanan buat sahabatnya itu yang sangat suka pada makanan.